oh bulan,mana bintang?-adibah ahmad.
this lady dulu blogger,macam i jugak.but for whatever reasons,dia rasa nak angkat kaki dari dunia blogging,how sad sebab i'm huge fan of her writings...gaya penulisan die sangat bersahaja,tapi membawa maksud mendalam..
-------------------------------
nuff said.
buku catitan kesayangan beta..
beta merasa amat janggal..semua rancangan beta untuk mengubat lara hati nampaknya tidak menunjukkan hasil..mana silapnya ya?
buku catitan kesayangan beta,
yang di tunggu tak muncul tiba,yang dulu di sayangi di depan mata..apa yang harus beta lakukan,beta tidaklah mahu nampak kelihatan 'so heartbroken' bak kata pedagang dari negeri sejuk itu,beta selalu berlagak tenang,senyum lebar bukan kepalang..tapi kenapa hati beta tidak memahami isyarat bahawa beta mahu mengubat hati lara,tetap jua ia mahu bersedih..bersunyi..wai'ma nyanyian sekalian dayang dayang tidak jua hati beta bersuka,beta cuba..beta cuba..
buku catitan kesayangan beta..
beta cuma bertepuk sebelah tangan,lama beta nanti,malangnya wajah yang lain menjadi si jantung hati,tapi beta redha,mereka lihatnya sesuai,bagai pinang di belah dua,cuma tuah beta sahaja yang kurang tampak,dalam hal ehwal percintaan..
buku catitan kesayangan beta..
maka di sini lah beta,duduk sendiri di tepian jendela menghadap bulan..tapi mengapa bintang tiada..?*mujur connection internet disini molek*dapat lah beta mengadu pada mu wahai buku,oh yaa,suatu perkara lagi,mengapa arjuna yang seorang lagi itu senyap benar akan dia,merajukkah dia?atau dia sebenarnya tidak rindu pada beta pun jua..keluhan..
buku catitan kesayangan beta,
sampai sini dulu beta mengadu,lain kelapangan jika punya waktu begini,dan rembulan molek di renung,kita bicara lagi ya..beta harus offline..istana padamkan lampu sebentar lagi..selamat malam..sampai ketemu..
oh bulan..mana bintang...
s-puteri lindungan bulan..
No comments:
Post a Comment