Thursday, August 26

malindo: relevankah lagi?

salam1 malaysia.
wah,semangat patriotik.berdiri tegak semua!nyanyi!
haip bukan lagu beyonce...aduih,lagu negaraku! NEGARAKU!

CEPAT!

*tangan sisi.wajah mengadap bendera,nyanyi!*..

negaraku..
tanah tumpahnya darahku..rakyat hidup bersatu dan maju..rahmat bahgia..tuhan kurniakan..
raja kita,selamat ber ta-ta!

HAIP! TENGOK?BERTAKHTA LAH bukan berta-ta!

...raja kita...selamat bertakhta...

*tepukkan untuk anda!*



kita semua sayangkan negara kita,sempena hari kemerdekaan Malaysia kesayangan saya 31 ogos ni,sebuah entri khas saya tujukan,selamat ulang tahun Malaysia,we love you.

sebenarnya,tidak terlintas pun untuk menulis tentang entri patriotisme,kerana tidak pernah pun menulis apa apapun yang bertemakan kenegaraan sebelum ini,oh tak tak! ada ada.cuba baca entri ini:
http://cintagilaku.blogspot.com/2009/01/saya-anak-malaysiaperkhabaran-dari.html

seperti yang sudah acapkali kita dengari, jauh berjalan luas pemandangan, tapi buat saya, pemikiran juga bertambah,satu tahap yang lain dan meluas kan sudut seseorang melihat kehidupannya, cubalah.

semuanya bermula sehinggalah entri ini di tulis bermulanya dari perbincangan di facebook dengan beberapa orang teman, isu indonesia mengadakan tunjuk perasaan,sebagai tanda protes kepada malaysia atas penahanan pegawai yang menjaga perairan mereka,dan dari hasil perbincangan itu,ternyata amat mengecewakan,ada sebahagian dari kita yang mahu kelihatan terbuka,tetapi akhirnya bagaikan membela orang yang mendatang dari yang ada di tanah sendiri,memegang prinsip 'kera di hutan di susukan,anak di rumah mati kelaparan' mungkin?

terus terang saya kecewa. rakyat tanah sendiri harus mempertahan kan negara sendiri,itu baru hanya isu.sudah tampak gelongnya,apatah jika suatu hari nanti mereka datang dan ishtihar ini negara mereka,mungkin dengan sekali nafas,negara pun di gadaikannya.angguk setuju.ahhh terbuka.harus berfikiran terbuka...mungkin?

melihat isu ini dengan kacamata normal civillion seperti saya, ia tidak sepatutnya berlaku, mereka juga tidak mempunyai hak langsung untuk tunjuk perasaan, protes, siapa mereka untuk marah?

malindo.dulunya adalah usaha untuk kerjasama malaysia dan indonesia untuk bergabung dalam sudut ekonomi,hubungan atas dasar kita berasal dari rumpun yang sama,bangsa sama,melayu,semenjak dari itu, malaysia membangun dengan pesat,dan mereka masih ketinggalan dengan kadar kemiskinan yang tinggi,pembahagian ekonomi yang tak sama rata, tetapi atas dasar persahabatan. malaysia mula menggunakan khidmat tenaga buruh kasar,dan pembantu rumah,dengan tujuan untuk membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi mereka sehingga ke hari ini, dan semenjak itu kadar kemasukkan mereka ke negara ini bertambah, secara sah atau jalan tikus,berbondong bondong datang semata mata mahu mencari rezeki di sini.dalam hubungan ini malaysia telah banyak berkompromi,namun mereka tetap muncul dengan isu isu menjatuhkan malaysia,relevankah lagi hubungan ini?


tidak cukup dengan itu,kemasukkan mereka dengan volume yang besar telah menyebabkan mereka merasa mereka telah menjadi komuniti yang kuat,dengan beraninya kelihatan di mana mana tempat awam, pada hari minggu,menguasai kawasan kawasan tertentu dengan memenuhkan komuniti mereka,bermula dari duduk bersama sama didalam 'kongsi', dan lama kelamaan bertambah sehinggakan mereka menganggap mereka sudah pun menjadi sebahagian dari rakyat di sini, tidak dinafikan, mereka bijak mencari peluang perniagaan, sudut sudut rezeki,tapi tidak kurang juga yang menjadi pengedar dadah,samun,dan rogol,sehinggakan kita tidak merasa selamat,bukankah kita yang harus marah?

tapi malangnya sebilangan kita berkata, kita tak boleh hidup..tanpa tenaga buruh mereka..rakyat kita malas,meminta minta,mereka boleh bekerja dengan gaji yang mahal tapi cuba di lihat secara halus,adakah kita selaku rakyat yang duduk di negara sendiri,mempunyai kelayakan,hanya berakhir menyumbang tenaga hanya sekadar disitu?jangan mengalihkan kesalahan,majikan juga harus tidak boleh memikirkan keuntungan semata,dengan mengambil buruh asing,mereka telah menjimat kan separuh dari kos asal,tidak perlu bayar kwsp,tidak perlu beri cuti..tenaga boleh dikerah sehabis mungkin,adakah kita perlu berada dalam situasi itu untuk dikatakan tidak terlalu manja dan memilih?malah buruh asing juga telah mula mengusulkan untuk mendapat faedah yang sama seperti kenaikan gaji,dan cuti,mereka juga memilih,

di kandang kambing mengembek,di kandang rimau,mengaum, mereka seharusnya pandai mebawa diri dan tidak perlu terlalu emosi,ini isu kecil yang dapat di selesaikan dengan baik,media indonesia juga tidak seharusnya memanipulasi isu ini,ia seolah olah mereka amat benci dengan malaysia,slogan ganyang malaysia,terlalu kasar bunyinya,jika tidak betah di sini,kami juga tidak keberatan jika mereka pulang ke negara asal.
datang tak berjemput pergi tak di halau..


walau apa pun alasan yang di lontarkan,malaysia adalah yang terbaik,dan saya bangga dilahirkan dibesarkan dan mati di negara sendiri,amat menyedihkan jika rakyat malaysia sendiri juga menyalahkan negara sendiri dan membela orang yang menumpang dinegaranya.

kepada rakyat indonesia,entri ini tidak bertujuan untuk menghina atau bersifat perkauman,mungkin tidak kesemua dari kamu membenci malaysia,ini hanyalah pendapat seorang rakyat malaysia seperti saya.

selamat hari kemerdekaan malaysia.53 tahun.saya sayang malaysia.

No comments:

Post a Comment