Thursday, April 1

poligami: suami bukan untuk di rebut tetapi di kongsi.hmm?

                               
"Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih daripada seorang pasangan hidup. Terdapat dua jenis poligami. Pertama, poligini, iaitu seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, dan satu lagi ialah poliandri, iaitu seorang wanita mempunyai lebih daripada satu orang suami. Dalam Islam, poligini terhad adalah dibenarkan; manakala poliandri ditegah sama sekali "

(credits to-thaqib.geng.murai.com.my)

bonsoir everyone! okay okay please do ask,

Q:whats happening cintagila,tiba tiba bercakap soal poligami?kenapa?
A:haha and my anwer sayang(s) semua,saja.ja.tak boleh?

Q lagi: layak kah awak cik cintagila?
A:semua orang ada pendapat sendiri,sebagai wanita saya berhak untuk menyuarakan pendapat dan pandangan dari sisi saya,dan kerana entry ini bukan lah berunsur sangat ilmiah walaupun unsur itu sedikit sebanyak ada dalam artikel yang saya tulis ini,but its just for informative purpose,hence i am a librarian do i?

statement umum: baiklah,,cakaplah apa yang kamu nak,kami dengar,
cintagila: haa...! itu lebih baik!

begini, haha tiba tiba teringin juga nak menyurakan pendapat tentang isu ini, setelah selesai class social science tadi,kebetulan pula,ada forum berkaitan isu ini, apa yang amat intriguing adalah pada saya lebih kepada cara ahli panel mengupas isu poligami ini,sangat tepat,ringkas dan kurang emosi,tahniah!

alors(so in french) suddenly it remind me on my stand dalam isu poligami ni,mendengar forum tadi terus mengingat kan saya dengan forum lain pasal poligami between me and abang masa bujang dulu,kat mamak tentang orang yang kahwin banyak ni,

"abang nak kawin ramai la nanti kakak,biar meriah sikit rumah mama,kita kan sikit,"

"haha,boleh eh macam tu abang?macam tak senonoh je"

"apa yang tak senonohnya,inilah mentaliti kakak orang perempuan semua dah blocked by all this malay drama, poligami ni mesti gaduh gaduh tarik tarik rambut, ini lah masalah besar orang perempuan"

"kenapa pulak,eh bukan salah drama,memang betul apa,drama tu kan ambik dari kisah benar"

"ahh itu semua memanglah,cuba kakak tengok,yang bergaduh gaduh tu semua,mana taknya,kahwin dengan GRO,perempuan indon,semua yang tak semenggah buat bini,memanglah gaduh cuba la cari perempuan elok,cikgu ke,andartu yang semenggah sikit ke,perempuan yang elok lah,mesti okay punya tak kan la begaduh gaduh ni,"

*betul jugak,cakap dalam hati..

"lagipun kakak tengok,kadang kadang memanglah,duit tak seberapa,nak kawin lain,kerja tak stabil,nak kawin,bini sorang pun tak terlayan,nak kawin,haa yang tu tak boleh la,tapi kalau yang mampu,yang adil, perempuan yang nak jadi calon bini kedua tu pun semenggah,kenapa semua orang perempuan tak nak?"

"ahh,memang la mula mula kawin nanti adil,lama lama mula la lupa,orang lelaki selalu macamtu,"
----------------------------------------------------------------------------------------------------

please again,especially the ladies,please read my entry with liberal thinking, for me personally,ni cuma pendapat saya sahaja,if you disagree,its ok,and if you do agree with me pun,alhamdulillah! gimme five! ok kiding

but then again,i personally do think,tak kisah jika my future husband nanti nak berpoligami,tapi atas berberapa T&C:-

i)saya kena kenal betul betul suami saya luar dan dalam,untuk menilai mampukah dia untuk berpoligami,boleh kah dia berlaku adil nanti,materialnya cukup atau tidak,

ii)saya harus kenal bakal isteri suami saya nanti,perempuan itu haruslah pandai menghormati saya,ikhlas berkahwin dengan suami saya,menyayangi anak anak saya,tidak mempunyai agenda,baik latar belakang,agama,keluarga,

jika 2 syarat ini di penuhi,my future husband dapatlah berpoligami,haa untung kan suami i kan kan?
but semua ini bukan la saya putuskan atas dasar suka suka,kepada my future husband to be:berkahwin lebih dari dengan saya seorang bukan lah satu tugas mudah,harus jadi seperti nabi,yang bijak dan bukannya mempergunakan kuasa yang allah beri dengan melulu, jangan juga mengunakan sunnah,jangan mempermain kan islam demi kehendak sendiri,ok sayang?

memang betul the ladies ramai yang akan berkata,

Q:"kau gila ke nak kongsi suami kau dengan orang lain?"
A: bukan semua,saya memilih,

                                                                                                         

jangan lah berkata perempuan yang menulis entry ini telah tersampuk hasutan manis lelaki atau apa pun,saya hidup cara realistik,berapa ramai perempuan baik yang molek keturunan,akhlak tinggal sendiri tidak berkahwin hari ini?nak harapkan lelaki bujang yang betul betul straight berapa kerat lah sangat kan?tidak masuk lagi yang menginap di pusat serenti instead di universiti,orang kata tempat cari jodoh terbaik masa berada di sana,tapi kalau yang tinggal cuma boleh di bilang,dan yang lurus lebih kurang dari yang bengkok,bukankah poligami satu option?

sehingga akhir entri ini,jika ia belum boleh mengubah your stand dalam hal ini,tidak mengapa sebab ini cuma perkongsian saya sebagai wanita dan hidup secara realistic.

statement: *dapat payung emasss perempuan ni,ish*
cintagila:insyaallah,perempuan harus bijak,ada dua; jangan lah setuju tanpa usul periksa,ia akan menyiksa,dan jangan lah menentang keras kerasan,sebab ia ada dalam al quran.

that's all,until something is written here again,au revoir!

psst*ada lagi satu trick,saya akan jaga suami saya tip top sampai dia tak nak cari lain,kemudian buat buat tanya "abang nak kahwin lagi?"  hehe,senyum nakal,

No comments:

Post a Comment