location: kolej Nilam UiTM Johor,
weather: rainy day all week,(* sambil bacaan ayat suci berkumandang di masjid.)
i can see and hear the 'dead'..
mati.
takut?
orang mati.
takut?
orang mati.
hati mati?
sekarang mana yang lebih menakutkan?
entri ini ditulis bukanlah untuk menakutkan atau ceramah percuma di hari sabtu,tapi hanya sekadar peringatan..renung renungkan..selamat beramal!(macam kenal,:p)
*some pictures may contain aksi aksi menakutkan,kalau lemah semangat,JANGAN TENGOK.
sebab entri ini ditulis beserta gambar,so gunakan kreativiti untuk mengelak risiko sleeptalking,sleepwalking..:p harap maklum
---------------------------------
okay okay,proceed.satu soalan paling common ingin di ajukan pada anda.apa reaksi anda melihat mayat?takut?lemah semangat,seperti soalannya juga,jawapannya juga cliche',ramai di antara kita yang tak berapa 'involved' bila hal hal yang berkait dengan mati. mungkin kita takut..atau sering di momok momok kan oleh gambaran yang menakutkan di media,oleh idea idea pembikin filim,dan juga kadang kadang sesetengahnya adalah kepercayaan karut dan mitos masyarakat nusantara itu sendiri,jujur,me myself juga kadang kadang bukannya berani sangat pun,dan selalu balik bila jenazah sudah di kebumikan,but i always wonder how is it like menguruskan jenazah..myself..
granted.akhirnya berpeluang juga nak lihat dengan mata kepala sendiri macamana seseorang jenazah yang di uruskan depan mata,'live telecast' hamik kau,padan muka aku,but i'm blessed,choosen from thousand people dalam uitm segamat ni,mungkin sebab bilik yang sangat dekat dengan masjid tapi 'jarang jarang'(p.ramlee's style) turun,mungkin,'undangan' ini adalah lesson terbaik buat orang orang macam aku dan sewaktu dengannya..
mati adalah pasti.cuma bila dan bagaimana...
mati.dan meninggalkan dunia,adalah perkara terakhir dan destinasi terakhir sebelum berpindah ke alam baqa'..segala amalan baik & ibadah yang menjadi pengikut setia,bukan kawan baik,ataupun pacar yang 'keren',itu suma ditinggalkan..sedih kan..
itu hal orang yang dah pergi...yang nak menguruskan orang yang dah pergi pun satu permasaalahan juga,kalau semua orang takut nak dekat dengan jenazah,lemah semangat,agak agak siapa yang nak uruskan 'mereka' dengan cara yang betul..alasan common,macam soalan tadi juga,tak tahu,kurang ilmu,tak pernah buat,tapi tak pernah peduli untuk belajar,





harapkan bilal bilal kampung,orang masjid yang uzur dan tua tu,bila bila masa sahaja tuhan boley jemput diorang pulang,jadi siapa yang nak teruskan tradisi dan membawa ilmu yang di pelopori orang orang dari bidang ni?mungkin juga kerana ramai orang intelek di kalangan kita dan tak sempat untuk belajar,sehingga akhirnya nanti sebuah consultant berbayar di wujudkan dengan menawarkan servis 'khidmat urus jenazah' mungkin?
terlepas pandang,menyebabkan ramai diantara kita dah tak ingat,kita pasti mati suatu hari,politikus rasuah,mungkinkah mereka tak ingat mati?pegawai pecah amanah,mungkinkah mereka juga tak ingat mati?clubbing habis habisan, beronggeng sakan di kelab kelab dangdut..mana pun juga,tak ingat mati juga mungkin?
mungkin tulisan ini kedengaran bernada marah,tapi itulah realiti.face it.
to me,berpeluang menguruskan jenazah lebih mengingatkan diri sendiri kepada mati,walaupun not in hand experience,melihat pun dah cukup menginsafkan(& kepada yang volunteer jadi jenazah juga)..anda.nak cuba?
*writer's note-life is precious.walaupun sekejap.jangan semakkan ia dengan perkara bodoh dan hal hal yang remeh temeh.bigger vision need to be achieved.*long sigh..
added notes* writer of this blog would like to appologized for all typo error and incompleteness of the sentence.sorry for your inconvenience.
No comments:
Post a Comment