jotted down at 5.26pm,33,jln bbk/119,sg.buloh,selangor,
may have i said anything further,please have a look on what i try to show you below.
something related to help you to improve your understanding later on..
if you asked me?where do i stand in all of these political blah's?
my answer would be
i am a free thinker.
if you asked me why so?
my anwer would be
sebab orang politik ni semua sama saja.
lagipun..politik malaysia rigid.
bagaimana pun anda menjerit,melaung laung,dan mungkin pediss,terkena gas pemedih mata,in the end of the day..majority wins, campur segala rasuah,'kung kali kung', dan penguasaan media,well i could say that politik malaysia tidaklah segempak mana.
mungkin anda semua masih ingat peristiwa reformasi 1998?
terus terang,waktu semua rakyat malaysia mula sedar yang kita perlukan perubahan,dan mula keluar di jalan-jalan,saya turut bersama mereka waktu itu,ya.waktu itu saya cuma berusia 10 tahun.trust me.saya turut menyertai perhimpunan dari masjid negara,melaung-laungkan,"turun mahathir! undur-undur! mahathir undur" dan masih jelas di ingatan,semangat berkobar kobar mendengar ucapan timbalan,atau bekas timbalan perdana menteri ketika itu,sejurus beliau di pecat,menceritakan tentang titik perubahan mentaliti politik rakyat malaysia yang harus berubah,rakyat telah di perbodohkan,dan rakyat punya kuasa untuk merubahnya.
masih juga jelas,bagaimana selepas itu,munculnya satu revolusi,semacam satu gelombang..tiba tiba rakyat malaysia yang dahulunya diam,secara tiba tiba,naik semangatnya,bagai di tiup tiup,
"yaa! guling kan mahathir! org tua tak sedar diri!!",macam macam nama digelar buat beliau,
mahazalim,firaun tua,hebatnya gelombang waktu itu,gelombang reformasi!
REFORMASI! REFORMASI!
mungkin selepas itulah I.S.A digunapakai kembali selepas ia di simpan di 'peti' tamatnya zaman komunis,I.S.A adalah akta keselamatan dalam negeri yang bertujuan untuk menahan sesiapa jua yang mengancam keselamatan negara,ia nya berupa suatu tahanan yang tidak memerlukan pesalah di bicarakan,mungkin pada waktu itu,I.S.A adalah cara terbaik,untuk memberi pengajaran kepada komunis komunis agar mereka tahu dengan siapa mereka cari angkara,
malangnya,merujuk kes yang berlaku pada tahun 1998,wujudnya secara drastik gelombang rakyat yang tiba tiba mahukan perubahan ini telah mengejutkan penguasa ketika itu,yang telah terbiasa dengan rakyat berpemikiran seperti selepas merdeka,sebaliknya,mereka (pihak penguasa ) telah terlepas pandang,yang rakyat sudah semakin maju,golongan golongan pasca merdeka yang lebih terbuka pemikiran,dan golongan patriotis sejati sudah uzur,dan pemikiran baru mengambil tempat,seperti bom jangka yang hanya menunggu satu butang untuk di tekan,muncul nya,tragedi pemecatan,bekas timbalan perdana menteri itu,telah menaikkan kemarahan rakyat,kerana tidak dapat tidak beliau telah berjaya menyebar dan memukau rakyat dengan karisma beliau,serta imej yang di tampilkan,
dan untuk memastikan gelombang ini lebih hangat,semangat orang muda khususnya mahasiswa di bakar,abang saya yang ketika itu mahasiswa undang undang di salah sebuah institusi pengajian tinggi,juga turut bersemangat,mungkin itu sebab saya turut ikut gelombang ini,ketika itu ayah saya seorang polis dan penyokong kerajaan,bayangkan,namun kami tetap rebel,harus di ingatkan peristiwa reformasi 1998 juga mendapat liputan dunia,kerana ini kali pertama,berlaku penentangan seumpamanya di negara ini,
justeru untuk mengekang gelombang ini,media harus main peranan,media massa,cetak dan elektronik,di sekat,dengan harapan gelombang ini akan lenyap,dan cara keduanya adalah menggunakan senjata lama,iaitu international security act,I.S.A,semua pemimpin gelombang yang berpengaruh di tahan,semua siri siri demonstrasi jalanan di ibu negara selepas itu,pasti di kawal dengan barisan unit pencegah anti rusuhan,mungkin itu juga kali pertama rakyat malaysia yang turut rebel di jalanan merasa apa rasanya kalau terkena gas pemedih mata,
seperti namanya juga gelombang,dan ia nya berlaku di malaysia,nampaknya setelah asakan bertubi tubi,orang orang kuat gelombang di tahan,maka sedikit demi sedikit gelombang ini beransur reda..ketika itu mungkin saya belum pandai menafsir,cuma ikut ikutan idealisme orang,tapi sekarang..saya adalah pemikir bebas,
pada dasarnya,gelombang ini mungkin kelihatan seperti satu gegaran kecil dalam struktur pemikiran dan idealisme politik masyarakat era baru pasca merdeka,tetapi pada rajah keseluruhannya,ianya seperti 'wake up call' buat pemerintah,bahawa rakyat mulai 'alert' pada persekitaran,kesedaran hak hak mereka,media juga sudah tidak mampu di sekat dengan kehadiran arus media baru seperti ini,laman-laman blog,
sungguhpun era itu sudah berakhir,dan kini setelah 11 tahun berlalu dan perdana menteri satu malaysia menyarankan penilaian semula I.S.A,
budaya demonstrasi jalan yang sudah terlekat,dan sebati dengan rakyat malaysia ini sekali lagi digunakan oleh kedua pihak samada pro atau anti akta ini,
jika anda tanya,apakah pendirian saya,
jawapan saya seorang rakyat malaysia yang berumur 21 tahun dan layak mendaftar untuk mengundi adalah i am a free thinker.tidak menetang kemajuan atau menerima bulat bulat segalanya,
ISA pada saya adalah senjata negara,ia mempunyai kegunaan in term of national security,seperti penahanan ahli HINDRAF,ianya amat berguna untuk pengkhianat seperti itu,tetapi kadangkala ianya juga bagaikan serampang senjata politik untuk menyumbat musuh musuh politik penguasa tertentu.jika saya di tanya apakah saya pro atau anti ISA?jawapan saya ISA itu senjata negara,perlu ada tapi harus pandai guna.tak perlu jerit jerit di jalan atau hantar memorandum segala,macam kata orang tua tua,senjata itu harus pandai guna,kena cara,kena gaya,kalau senjata salah guna,salah gaya,silap silap telahan,senjata mampu makan tuan.
satu.dua.tiga.
marilah bicara soal idealisme.i'm a free thinker.
rasanya mak ety kena jadi penganalisis politik dalam malaysia..
ReplyDeletehey,u got the talent..
=)
btw,i'm free reader..
haha,thanks pjot!
ReplyDeletehuhu.. gile la ko mak iti...
ReplyDeleteley jd cikgu sjarah x pun pengajian am...
;p
haha,ye ke nani?
ReplyDeletetu ar,boley gak!
aku rindukan gelombang desaru...
ReplyDeletedan yg paling aku suka gombang eh eh.. gelombang...