Tuesday, March 10

siapa kata menjadi penghuni kolej kediaman mudah?

time:8.00 am
location: kolej nilam uitm segamat johor
weather: culture shock body tempreture yang turun dan naik sebab buat bende impossible pagi pagi! ergh!


salam sejahtera.dan selamat pagi.

shut up.soalan cliche' (hidup ni memang cliche' pun):
"apa ke jadahnya penulis blog ni bangun pagi pagi ni?buang tebiat ker?"


jawapannya,YES! saya memang buang tebiat,memang berhangen satu badan ni! hati panaaaasss je..kan...'pakkal' je bak kata orang johor ,(semua ni liz yang ajar eh) iman ni kuat lagi,kalau tidak,mungkin akan berlaku 'riot' berdarah kat kolej nilam ni,


tak tau nak cakap apa,adakah salah polisi UiTM itu sendiri atau sebenarnya orang orang pentadbiran mereka sahaja yang mengada ngada,lebih sudu dari kuah,macam kaduk naik junjung pun ada jugak,sementara entri ini ditulis,hati ni tak mampu di tahan,dari rasa marah yang amat sangat,okay just imagine that you're in my shoes,
di waktu waktu semua student sedang bersengkang mata sebab nak study untuk test ni,itu tak termasuk lah dengan assignment yang menimbun lagi,tiba tiba je..ada program larian bersama pengarah uitm kampus johor di masjid as syakirin,boleh tak macamtu?pagi lagi..dan untuk yang classnya hanya akan bermula jam 8 pagi,rasa rasanya bagaimana mereka dapat by chance menghadirkan diri dengan jayanya ke program tersebut,mungkin mereka salah percaturan atau saya ulangi,orang bawahan yang 'macam kaduk naik junjung',

mungkin juga kerana salah percaturan yang telah berlaku tadi,dan bimbang sambutan yang di terima,maka 'kaduk kaduk naik junjung' ini,menggunakan cara 'paksarela',teorinya mudah sahaja 'tak nak pergi?semester hadapan,duduk luar!',

kita rakyat malaysia memang begini.jangan tanya mengapa rakyat kita bermentaliti kelas ke tiga,lihatlah orang yang di atas dahulu sebelum melihat apa yang terjadi di bawah.malaysia boleh.yes mam!

entry ini bukan marah.entry ini bukan kritikan menghala tanpa tujuan.entry ini adalah kritikan jujur.


jadi siapa yang kata 'alah duduk kolej,senang senang je pun nak bising ke?' think again.


writer's note*-angguk angguk geleng geleng,ikut telunjuk.lagu tema yang tepat untuk hari ini.


glossari-riot=tunjuk perasaan
-pakkal=nasib baik je..bagi orang johor.

No comments:

Post a Comment